Sabtu, 16 Mac 2013

Keputusan SPM 2012 diumum Khamis ini

KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.
Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.
...

Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

TELOK KEMANG 15 Mac - Yayasan Felda memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaiki rumah-rumah yang berhampiran tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak Jun tahun lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, peruntukan fasa pertama di bawah program Baiki Rumah itu akan disalurkan kepada pemohon yang layak sehingga Jun tahun ini.
''Dalam fasa pertama itu, kita menyasarkan untuk membaiki sebanyak 4,000 unit rumah namun sehingga kini, kita telah berjaya membaiki sebanyak 4,500 unit rumah.
''Kita mungkin mampu untuk membaiki 5,000 buah unit di bawah fasa pertama yang masih mempunyai baki tiga bulan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia dalam Program 1Malaysia peringkat Dewan Undangan Linggi dekat sini hari ini.
Jelasnya, penduduk yang berada di kawasan berhampiran tanah rancangan Felda yang ingin membaiki rumah mereka boleh memohon kepada pemimpin setempat.
...

Jumaat, 1 Mac 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU 
NAIB PENGERUSI 1
PERSATUAN BELIA (MBFM) KESIDANG JENGKA 8

SAUDARA MOHAMAD RIZAL BIN JAMALUDDIN 
DENGAN PASANGANNYA
NURULATIQA BINTI ZULKEFLI

PADA : HARI AHAD , 24 FEBRUARI 2013
DI FELDA SERTING HILIR 1, NEGERI SEMBILAN ...

" MOGA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA "

IKHLAS DARIPADA :
PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN BELIA (MBFM) KESIDANG JENGKA 8

Pemberian Peruntukan RM1000.00 untuk Persatuan Belia FELDA

  • Peruntukan ini diberikan sebagai galakan kepada Persatuan Belia untuk menggerakkan aktiviti persatuan bagi meningkatkan imej Persatuan Belia FELDA.  Persatuan Belia haruslah berperanan membantu pengurusan dan pembangunan rancangan selaras dengan matlamat 50 Tahun Kedua FELDA
  • Pemberian ini berkuatkuasa mulai 5 Februari 2008 untuk memperkemaskan urusan pentadbiran Persatuan Belia.
  • Peruntukan ini akan diberikan setiap tahun berdasarkan aktiviti dan sokongan Pengurus Rancangan dan Pengurus Besar Wilayah sebelum bulan Mac setiap tahun.