Selasa, 15 Januari 2013

FELDA SELESAI BAYAR BONUS INTENSIF SEBANYAK RM102.12 JUTA

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sebanyak RM102.12 juta bonus insentif produktiviti telah dibayar kepada peneroka di tanah rancangan seluruh negara tahun lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembayaran bonus itu melibatkan 94,839 daripada 112,635 orang peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.
"Saya juga ingin menyeru semua warga peneroka agar menghantar hasil kebun mereka kepada Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Transformasi Felda 2013 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, asas pertimbangan pembayaran dibuat berdasarkan dua perkara iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun.
"Bagi peneroka yang melaksanakan tanam semula bersama Felda, kadar bayaran bonus ialah RM1,200 manakala bagi peneroka yang mengerjakan kebun pula antara RM400 hingga RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
Mengulas tentang keputusan Pas yang akhirnya akur menyatakan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam, Ahmad memberitahu, kata putus tersebut seolah-olah hanya untuk menamatkan 'drama' perselisihan pendapat yang timbul antara pemimpin akar umbi.

Khamis, 3 Januari 2013

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013 – Senheng Dan SenQ Antara Pengedarnya

Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.
Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.
Pakej Komunikasi BeliaAntara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.
Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.
Sumber Rujukan: SKMM

Selasa, 1 Januari 2013


SELAMAT TAHUN BARU 2013
KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN BELIA (MBFM) KESIDANG JENGKA 8
" SEMOGA DI TAHUN 2013 INI , MBFM KESIDANG JENGKA 8 AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG, INSYAALLAH

IKHLAS DARIPADA:
PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA 
PERSATUAN BELIA (MBFM) KESIDANG JENGKA 8