Rabu, 26 Disember 2012

Solat Sunat Dhuha



 

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

DALIL

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

 

SURAH YANG DIBACA

Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan Ad-Dhuha.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Isnin, 10 Disember 2012

Lirik Lagu ..



WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Isnin, 3 Disember 2012

Renungan bersama ...

Pesan Ayah... Jangan Lupa Jasa Felda

Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan

TAPI SEGELINTIR PENEROKA TETAP TAK BERSYUKUR!!!

Ahad, 2 Disember 2012

13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah

1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

3- Memadam kemurkaan Allah SWT.

4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

5- Mengawal kehormatan dan maruah.

6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

7- Pelindung kepada api neraka.

8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

10- Melembutkan hati yang keras.

11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.

Kediaman sendiri untuk generasi baru Felda

TEMERLOH 7 Okt. - Warga peneroka Felda di negeri ini menyambut baik Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 20,000 unit rumah di tanah rancangan itu dalam tempoh lima tahun.
Ketua UMNO cawangan Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu memberi sinar baru kepada generasi baru Felda untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan tersebut.
"Peruntukan besar itu membuktikan Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Naib Presiden Persatuan Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (PAMBFM), Abdul Rahman Basri, beliau berharap usaha itu dapat disegerakan kerana permintaan terhadap kediaman tersebut semakin meruncing.
Setiausaha AMBFM, Suhaimi Tan berkata, masalah perumahan generasi kedua sering dibangkitkan dalam setiap majlis bersama golongan itu kerana perkara berkenaan sering mendapat perhatian daripada mereka.
Tambahnya, bajet yang dibentangkan itu melegakan hati golongan berkenaan sekali gus berharap pelaksanaannya dapat disegerakan terutama di kawasan kritikal seperti di Wilayah Felda Jengka.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 14, Mohamad Razali Mamat, 35, berkata, perkara itu memberi peluang luas kepada generasi baru memiliki kediaman sendiri kerana ia merupakan impian bagi setiap anak peneroka.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat mengambil berat terhadap keperluan generasi baru Felda yang sudah ramai memiliki keluarga sendiri," katanya.
Seorang Peneroka Felda Triang, Mat Jidi Yaakob, 60, berkata, banyak kawasan tanah kosong di setiap tanah rancangan sangat sesuai untuk dibina rumah kediaman untuk generasi baru.
"Penyediaan rumah untuk golongan itu akan menghalang lebih ramai berhijrah ke bandar sekali gus membolehkan tenaga produktif kekal di tanah rancangan," katanya.
Sumber : Utusan Online

Felda akan bina rumah pasang siap untuk generasi kedua

LANGKAWI 29 Sept. - Felda akan membina rumah pasang siap sebagai rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad.
"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Mohd. Isa berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua Felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.

Sumber : Utusan Online

Bajet 2013 : Felda bina 20,000 rumah generasi baharu

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Felda akan menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.
Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.
Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya.
Sumber : Utusan Online