KUALA LUMPUR 28 Sept. - Felda akan
menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk
tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam
kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.
Ini antara program yang akan
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan
agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan
Rakyat hari ini.
Beliau berkata selain itu Felda juga
memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di
sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk
program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000
anak generasi baharu.
Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan
korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan
lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR,"
katanya.
Sumber : Utusan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan