KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sebanyak RM102.12 juta
bonus insentif produktiviti telah dibayar kepada peneroka di tanah
rancangan seluruh negara tahun lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
berkata, pembayaran bonus itu melibatkan 94,839 daripada 112,635 orang
peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri
sawit dan getah negara.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada
peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi
meningkatkan produktiviti masing-masing.
"Saya juga ingin menyeru semua warga peneroka agar menghantar hasil
kebun mereka kepada Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan
oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan mereka,"
katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan
kertas kerja di Seminar Transformasi Felda 2013 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, asas pertimbangan pembayaran dibuat
berdasarkan dua perkara iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam
pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun.
"Bagi peneroka yang melaksanakan tanam semula bersama Felda, kadar
bayaran bonus ialah RM1,200 manakala bagi peneroka yang mengerjakan
kebun pula antara RM400 hingga RM1,200 bergantung kepada penghantaran
hasil.
Mengulas tentang keputusan Pas yang akhirnya akur menyatakan kalimah
Allah adalah khusus untuk agama Islam, Ahmad memberitahu, kata putus
tersebut seolah-olah hanya untuk menamatkan 'drama' perselisihan
pendapat yang timbul antara pemimpin akar umbi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan