BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:
1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam
yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku
akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan
daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu
pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang
dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit
dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan
rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika
sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w
bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia
daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika
kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah
daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan
mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah
sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah
Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah,
Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak
terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak
dimakbulkan.’”
9. Hadis daripada Abu Hurairah:
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:
“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat
menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah,
pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan