KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sebanyak RM102.12 juta
bonus insentif produktiviti telah dibayar kepada peneroka di tanah
rancangan seluruh negara tahun lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
berkata, pembayaran bonus itu melibatkan 94,839 daripada 112,635 orang
peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri
sawit dan getah negara.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada
peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi
meningkatkan produktiviti masing-masing.
"Saya juga ingin menyeru semua warga peneroka agar menghantar hasil
kebun mereka kepada Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan
oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan mereka,"
katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan
kertas kerja di Seminar Transformasi Felda 2013 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, asas pertimbangan pembayaran dibuat
berdasarkan dua perkara iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam
pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun.
"Bagi peneroka yang melaksanakan tanam semula bersama Felda, kadar
bayaran bonus ialah RM1,200 manakala bagi peneroka yang mengerjakan
kebun pula antara RM400 hingga RM1,200 bergantung kepada penghantaran
hasil.
Mengulas tentang keputusan Pas yang akhirnya akur menyatakan kalimah
Allah adalah khusus untuk agama Islam, Ahmad memberitahu, kata putus
tersebut seolah-olah hanya untuk menamatkan 'drama' perselisihan
pendapat yang timbul antara pemimpin akar umbi.
Selasa, 15 Januari 2013
Khamis, 3 Januari 2013
Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013 – Senheng Dan SenQ Antara Pengedarnya
Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang
ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk
makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan
permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31
Disember 2013 kelak.
Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.
Antara
pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat
Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.
Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
- Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Sumber Rujukan: SKMM
Selasa, 1 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)