Solat
ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat
matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah
ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan
oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang
boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
DALIL
عن
أبي هريرة
رضي الله
عنه قال :
أو صاني خليلي
بثلاثة صيام
أيام من كل
شهر وركعتين
الضحى وأن
أوتر قبل
أنام .
(رواه البخاري
ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah
telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa
tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat
dan sembahyang sebelum tidur.
NIAT
أُصَلِّي
سُنَّةَ
الضُحَى
رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat
kerana Allah Taala.
SURAH YANG DIBACA
Tiada ditemui riwayat
tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW.
dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan
ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau
As-Syams dan Ad-Dhuha.
DOA SOLAT DHUHA
اللَّهُمَّ
إِنَّ الضُّحَاءَ
ضُحَاءُكَ
وَالْبَهَاءَ
بَهَائُكَ
وَالْجَمَالَ
جَمَالُكَ
وَالْقُوَّةَ
قُوَّتُكَ
وَالْقُدْرَةَ
قُدْرَتُكَ
وَالْعِصْمَةَ
عِصْمَتُكَ
. اللَّهُمَّ
إِنْ كَانَ
رِزْقِي
فِي الْسَمَاءِ
فَأَنْزِلْهُ
وَإِنْ كَانَ
فِيْ الأَرْضِ
فأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ
مَعْسِرًا
فَيَسِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ
حَرَامًا
فَطَهِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ
بَعِيْدًا
فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ
ضُحَائِكَ
وَجَمَالِكَ
وَقُوَّتِكَ
وَقُدْرَتِكَ
آتِنِي مَا
أَتَيْتَ
عِبَادَكَ
الصَّالِحِيْنَ
.
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha
itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah
keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu,
kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu
adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah
perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku
berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika
berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah,
dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka
sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada
kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.
|
Rabu, 26 Disember 2012
Solat Sunat Dhuha
Selasa, 11 Disember 2012
Isnin, 10 Disember 2012
Lirik Lagu ..
WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Isnin, 3 Disember 2012
Renungan bersama ...
Pesan Ayah... Jangan Lupa Jasa Felda
Dari tiada tanah - dah ada tanah
Dari tiada ladang - dah ada ladang
Dari tiada geran - dah ada geran
Dari tiada rumah - dah ada rumah
Dari tiada kemudahan - dah ada kemudahan
Dari tiada duit - dah ada duit
Dari tiada kenderaan - dah ada kenderaan
Dari tiada pendidikan - dan ada pendidikan
TAPI SEGELINTIR PENEROKA TETAP TAK BERSYUKUR!!!
Ahad, 2 Disember 2012
13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah
1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.
12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.
13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.
Dicatat oleh
TuaH DesA
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.
12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.
13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.
Kediaman sendiri untuk generasi baru Felda
TEMERLOH 7 Okt. - Warga peneroka Felda
di negeri ini menyambut baik Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan peruntukan khas
sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 20,000 unit rumah di tanah rancangan
itu dalam tempoh lima tahun.
Ketua UMNO cawangan Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu memberi sinar baru kepada generasi baru Felda untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan tersebut.
"Peruntukan besar itu membuktikan
Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat
kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan
pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Naib Presiden Persatuan Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (PAMBFM), Abdul Rahman Basri, beliau berharap usaha itu dapat disegerakan kerana permintaan terhadap kediaman tersebut semakin meruncing.
Setiausaha AMBFM, Suhaimi Tan
berkata, masalah perumahan generasi kedua sering dibangkitkan dalam
setiap majlis bersama golongan itu kerana perkara berkenaan sering
mendapat perhatian daripada mereka.
Tambahnya, bajet yang dibentangkan itu
melegakan hati golongan berkenaan sekali gus berharap pelaksanaannya
dapat disegerakan terutama di kawasan kritikal seperti di Wilayah Felda
Jengka.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 14, Mohamad Razali Mamat,
35, berkata, perkara itu memberi peluang luas kepada generasi baru
memiliki kediaman sendiri kerana ia merupakan impian bagi setiap anak
peneroka.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri
yang sangat mengambil berat terhadap keperluan generasi baru Felda yang
sudah ramai memiliki keluarga sendiri," katanya.
Seorang Peneroka Felda Triang, Mat Jidi Yaakob,
60, berkata, banyak kawasan tanah kosong di setiap tanah rancangan
sangat sesuai untuk dibina rumah kediaman untuk generasi baru.
"Penyediaan rumah untuk golongan itu
akan menghalang lebih ramai berhijrah ke bandar sekali gus membolehkan
tenaga produktif kekal di tanah rancangan," katanya.
Sumber : Utusan Online
Felda akan bina rumah pasang siap untuk generasi kedua
LANGKAWI 29 Sept. - Felda akan membina rumah pasang siap sebagai
rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat
dan murah, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad.
"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Mohd. Isa berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua Felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.
Sumber : Utusan Online
"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Mohd. Isa berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua Felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.
Sumber : Utusan Online
Bajet 2013 : Felda bina 20,000 rumah generasi baharu
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Felda akan
menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk
tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam
kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.
Ini antara program yang akan
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan
agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan
Rakyat hari ini.
Beliau berkata selain itu Felda juga
memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di
sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk
program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000
anak generasi baharu.
Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan
korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan
lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR,"
katanya.
Sumber : Utusan Online
Selasa, 28 Ogos 2012
FGV isytihar dividen interim 5.5 sen seunit

Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata dividen itu berasaskan pegangan 800 unit saham yang dimiliki setiap peneroka serta keuntungan daripada dana amanah peneroka.
"Dengan ini peneroka tak perlu pinjam bank atau keluar duit sendiri," kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Bangunan Felda Platinum di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan pembiayaan tersebut dibuat selepas penyenaraian kerana Felda mendapat dana yang besar daripada penyenaraian itu.
Pengumuman ini sekaligus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut.
FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas.
Pembayaran dividen ini adalah tambahan buat kira-kira 103,000 peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
Harga saham FGV hari ini ditutup pada RM5.02 sesaham iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.
Mengulas tentang prestasi FGV, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata:
"Prestasi FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit tetapi setakat mengikut sasaran. Keuntungan yang dijangkakan Insya Allah akan boleh dicapai."
Sebelum ini Najib berkata FGV dijangka mencatat keuntungan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun hadapan.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata Felda memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka.
"Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan dan dividen dimiliki sepenuhnya oleh peneroka.
Najib berkata ini bertujuan meringankan beban peneroka Felda.
"Peneroka bukan sahaja akan mendapat satu tapi dua dividen iaitu daripada saham FGV dan penabungan dana amanah sebanyak 20 peratus," katanya.
Najib berkata dalam masa dua bulan penyenaraian, sebanyak RM5.99 bilion telah dikreditkan ke dalam dana Felda.
"Dan jika termasuk dengan FGV, ia mencapai sebanyak RM10.5 bilion," kata beliau.
Najib berkata durian runtuh sebanyak RM5,000 yang dijanjikan kepada anak-anak Felda, akan dibayar pada Oktober depan.
Bercakap mengenai bangunan Felda Platinum yang pembeliannya dikritik hebat oleh pembangkang, Najib berkata bangunan itu kini bernilai RM1.1 bilion.
"Kita belanja RM700 juta termasuk peralatan dalamannya. Hari ini kita dah lihat hasilnya, kita dah untung RM400 juta."
"Bangunan ini melambangkan kejayaan Felda dan sudah ada penyewa antarabangsa yang berminat untuk menyewa 15 tingkat daripada 50 tingkat bangunan ini," kata beliau. - Bernama
Ahad, 19 Ogos 2012
Rabu, 15 Ogos 2012
14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadan 1433H, telah diadakan majlis khatam Al Quran di Masjid Felda Jengka 8 anjuran Masjid, MBFM Jengka 8 dan Jiran Muda KRT Jengka 8. Majlis khatam ini adalah kesinambungan dari program tadarus yang telah dilaksanakan sepanjang bulan ramadan oleh Jiran Muda dan Jiran Usia Emas Felda Jengka 8 .. SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR DAN BATIN... Untuk melihat lebih gambar yang telah diuploadkan sila ke halaman galeri foto ...
Selasa, 7 Ogos 2012
Generasi kedua Felda terima 'durian runtuh' selepas Aidilfitri
KUALA LUMPUR, ISNIN. 06 Ogos, 2012: Generasi kedua peneroka Felda
dijangka menerima 'durian runtuh' selepas sambutan Aidilfitri ini, kata
Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad hari ini.
Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tak ada masalah (beri durian runtuh). Perdana Menteri akan tentukan bila, dan kita akan bayar kerana duitnya sudah sedia ada.
"Ketika ini, kita (Felda) sedang menguruskan pemberian 'durian runtuh' fasa kedua untuk isteri peneroka. Lebih 50 peratus agihan yang bermula sejak minggu pertama Ramadan telah selesai dibuat kepada mereka yang layak," katanya pada sidang media sebelum majlis Meraikan Anak Yatim dan penerima sumbangan Ramadan anjuran Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Datuk Sabri Ahmad.
Mengenai majlis meraikan anak yatim dan sumbangan Ramadan itu, Isa berkata program anjuran Yayasan Felda dengan kerjasama Syarikat Kumpulan Felda adalah antara tanggungjawab sosial korporat Felda.
"Ini tanggungjawab sosial yang dijalankan selaras dengan program Kasih Felda yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri minta program kemasyarakatan disebar luas supaya lebih ramai masyarakat di negara ini dapat sedikit sebanyak khidmat daripada Felda, khususnya Yayasan Felda," katanya.
Seramai 207 anak yatim dari lapan pertubuhan dan rumah anak yatim di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sumbangan pakaian dan duit Raya.
Selain itu, seramai 320 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya, dan 56 pesakit di Pusat Hemodialisis Felda turut menerima sumbangan Ramadan berupa duit raya dan hamper.- BERNAMA
Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tak ada masalah (beri durian runtuh). Perdana Menteri akan tentukan bila, dan kita akan bayar kerana duitnya sudah sedia ada.
"Ketika ini, kita (Felda) sedang menguruskan pemberian 'durian runtuh' fasa kedua untuk isteri peneroka. Lebih 50 peratus agihan yang bermula sejak minggu pertama Ramadan telah selesai dibuat kepada mereka yang layak," katanya pada sidang media sebelum majlis Meraikan Anak Yatim dan penerima sumbangan Ramadan anjuran Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Datuk Sabri Ahmad.
Mengenai majlis meraikan anak yatim dan sumbangan Ramadan itu, Isa berkata program anjuran Yayasan Felda dengan kerjasama Syarikat Kumpulan Felda adalah antara tanggungjawab sosial korporat Felda.
"Ini tanggungjawab sosial yang dijalankan selaras dengan program Kasih Felda yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri minta program kemasyarakatan disebar luas supaya lebih ramai masyarakat di negara ini dapat sedikit sebanyak khidmat daripada Felda, khususnya Yayasan Felda," katanya.
Seramai 207 anak yatim dari lapan pertubuhan dan rumah anak yatim di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sumbangan pakaian dan duit Raya.
Selain itu, seramai 320 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya, dan 56 pesakit di Pusat Hemodialisis Felda turut menerima sumbangan Ramadan berupa duit raya dan hamper.- BERNAMA
Isnin, 6 Ogos 2012
PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN 1433H/2012
Isnin , 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433H telah berlangsung Program Tadarus Al Quran & Khatam Al Quran 1433H / 2012 , bertempat di Masjid Ubudiah Felda Jengka 8. Majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Doa oleh Tn. Imam Hj Awang b. Hussain, pembahagian kumpulan mengikut juzuk Al Quran.
Tn. Imam Hj Ramli b. Katio memimpin Doa Khatam Al Quran, majlis di akhiri dengan pengagihan bubur lambuk dan cenderahati daripada pihak Jawatankuasa Program. Seramai 150 orang peserta yang terlibat dalam program tersebut.
9 Petua Capai Doa Mustajab
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:
1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam
yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku
akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan
daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu
pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang
dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit
dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan
rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika
sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w
bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia
daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika
kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah
daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan
mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah
sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah
Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah,
Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak
terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak
dimakbulkan.’”
9. Hadis daripada Abu Hurairah:
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:
“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat
menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah,
pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Langgan:
Catatan (Atom)